SIBU - Pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan parah akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah menengah di Daro, Mukah pada Rabu lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Mangsa berusia 15 tahun itu telah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu ke wad biasa untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Matu-Daro, DSP Rahim Mihos mengesahkan perkembangan positif tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih dijalankan.
Insiden tragis yang berlaku sekitar jam 8 malam itu melibatkan tiga orang pelajar, di mana seorang pelajar Tingkatan Empat maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi terselamat tanpa kecederaan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Daro #HospitalSibu #KeselamatanSekolah
Back