KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak bakal mengadakan konvensyen besar-besaran yang dibahagikan kepada empat zon utama di seluruh negeri bermula Julai hingga September depan.
Setiausaha Agung PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan bahawa konvensyen ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kepimpinan parti dengan hampir 396,000 ahli di peringkat akar umbi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang dipengerusikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.
Nanta tidak menolak kemungkinan penganjuran konvensyen ini merupakan isyarat awal persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Tambahnya, jawatankuasa induk konvensyen akan diterajui oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Setiap zon akan dipengerusikan oleh pemimpin kanan parti bagi memastikan pengisian dan hala tuju "Sarawak Maju 2030" dapat disampaikan dengan berkesan kepada semua ahli.
Walau bagaimanapun katanya, tarikh spesifik bagi setiap zon akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sumber: Jiwa Bakti
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PBBSarawak #KonvensyenPBB2026 #SarawakMaju2030 #PRNSarawak
Back