MIRI - Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas satu letupan gas memasak berlaku di kediamannya di Taman Jelita Fasa 2, tengah hari tadi.
Pegawai Bomba Kanan I, Mohammad Fairus Apit memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari mengenai kejadian di Lot 11376, Lorong Baleh 3A.
Mangsa, Baun Jok, telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
Impak letupan yang berpunca daripada kebocoran tong gas memasak itu turut mengakibatkan kerosakan fizikal pada bahagian siling dapur rumah tersebut.
Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral telah melakukan pemantauan rapi bagi memastikan tiada lagi risiko kebocoran susulan di lokasi kejadian.
Operasi disahkan terkawal sepenuhnya pada jam 12.49 tengah hari.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MiriTerkini #BombaMiri #LetupanGas
Back