BAU - Pihak Polis Daerah Bau melalui Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menahan dua orang lelaki selepas didapati positif dadah dalam satu pemeriksaan yang dijalankan tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide Bin A. Rahman dalam satu kenyataan media memaklumkan, kedua-dua suspek yang berusia antara 17 hingga 36 tahun itu ditahan sekitar jam 1.20 petang.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mengesahkan kedua-duanya positif dadah, sekali gus membawa kepada penahanan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak PDRM Bau menegaskan komitmen mereka untuk terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Orang ramai digesa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui talian Hotline JSJN Bukit Aman atau JSJN IPK Sarawak bagi membantu usaha pembersihan komuniti daripada najis dadah.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #PolisBau #PDRMSarawak #PerangDadah
Back