KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan, Baru Bian telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman RM10 juta yang difailkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya berhubung dakwaan melanggar syarat bon parti.
Permohonan tersebut difailkan atas alasan Mahkamah Tinggi Malaya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan memandangkan punca tindakan timbul di Sarawak.
Menurut Baru Bian, beliau menandatangani bon tersebut di Kuching dan segala penglibatannya bersama PKR sebelum ini hanya tertumpu di Sarawak.
Saman ini difailkan oleh PKR terhadap Baru Bian dan 15 lagi bekas wakil rakyat parti itu yang didakwa melanggar kontrak apabila keluar parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PKR menuntut bayaran RM10 juta daripada setiap defendan mengikut klausa bon yang dipersetujui sebelum bertanding.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh pengurusan kes di hadapan Hakim Roslan Mat Nor.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Baru Bian #PKR #Mahkamah #BonParti
Back