• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 May 2026 | 10:06 PM

JIM Sarawak Tahan 47 Warga Asing Dalam Operasi Bersepadu di Bintulu dan Samalaju

KUCHING - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berjaya menahan 47 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Bintulu dan Samalaju pada Rabu dan Khamis lalu.

JIM Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan operasi tersebut tertumpu di enam lokasi berasingan merangkumi rumah kongsi, kediaman flat, serta premis perniagaan.

Seramai 59 individu telah diperiksa sepanjang operasi tersebut. Hasil pemeriksaan rapi membawa kepada penahanan 47 warga Indonesia yang terdiri daripada 40 lelaki, empat wanita, dan tiga kanak-kanak perempuan.

Antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

Pihak JIM Sarawak menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini sentiasa terpelihara.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #ImigresenSarawak #OpSapu #Bintulu #Samalaju

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok