• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 May 2026 | 03:57 PM

Sarawak Gesa Pendekatan Holistik Dalam Cadangan RUU Penjagaan Ibu Bapa

Kuching – Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan penjagaan ibu bapa, perlu mengambil kira sistem sokongan yang menyeluruh serta realiti semasa masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebarang pertimbangan untuk memperkenalkan RUU itu perlu melihat kemampuan keluarga serta cabaran yang dihadapi oleh penjaga, termasuk anak-anak.

Katanya, berdasarkan kajian, majoriti warga emas cenderung untuk menua di rumah sendiri dalam persekitaran yang sudah biasa, hingga akhir hayat.

Walaupun tanggungjawab menjaga ibu bapa selari dengan nilai kekeluargaan dan budaya masyarakat Asia, termasuk tuntutan agama, pelaksanaannya perlu disokong dengan dasar serta mekanisme bantuan yang jelas.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menilai situasi sebenar di peringkat keluarga, khususnya anak-anak yang turut mempunyai tanggungjawab terhadap anak sendiri.

Selain itu, kemampuan setiap keluarga juga berbeza, dengan sebahagian berada dalam keadaan stabil, manakala sebahagian lagi berdepan cabaran kewangan dan sosial yang serius.

Bagaimanapun, Sarawak menyambut baik usaha ke arah penggubalan dasar tersebut, namun menegaskan kepentingan pendekatan yang holistik dan menyeluruh.

Beliau turut berharap Sarawak akan turut dilibatkan dalam sesi perbincangan di peringkat persekutuan bagi memastikan setiap aspek kehidupan masyarakat, khususnya di negeri ini, diambil kira.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berhubung cadangan tersebut, dalam satu sidang media di Kuching, hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kerajaan sedang meneliti cadangan menggubal RUU itu, bagi memastikan tanggungjawab sosial terhadap golongan tersebut tidak diabaikan.

Bagi tujuan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diarahkan untuk menyediakan kertas dasar dalam tempoh enam bulan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok