MARUDI - Sebahagian anggota badan seorang lelaki warga emas yang hilang ketika memancing di bawah jambatan sungai Ridan, ditemukan pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan bahagian badan mangsa iaitu kaki, kepala dan tangan dijumpai jam 10.52 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mencari sisa anggota badan mangsa.
Jarak pencarian sejauh 8 kilometer dari lokasi mangsa memancing.
Semalam, mangsa dikenali sebagai Liew Mei Koon, 64 tahun gagal dikesan namun motosikal, pakaian dan alat memancing miliknya dijumpai di bawah jambatan sungai tersebut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back