SARIKEI - Empat sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Repok, Lebuh Raya Pan Borneo, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.57 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digerakkan ke lokasi kejadian.
Kesemua mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang warga emas wanita, dan seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba.
Menurut jurucakap bomba, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.
Pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi selamat sebelum menamatkan operasi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KemalanganSarawak #PanBorneo #BombaSarawak
Back