• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 May 2026 | 02:18 PM

JKKSK Sarawak Percepat Proses Kewarganegaraan, 1,037 Sijil Dikeluarkan Sejak 2023

KUCHING - Sebanyak 1,037 sijil kewarganegaraan telah dikeluarkan di Sarawak sejak tahun 2023 hingga April tahun ini.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan peranan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A Peringkat Sarawak, dalam mempercepat proses permohonan kewarganegaraan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan jawatankuasa itu telah membantu memperkemas proses permohonan.

Ia termasuk semakan dokumen, verifikasi permohonan dan penilaian merit sebelum dikemukakan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk keputusan akhir.

Menurut beliau, tempoh pemprosesan permohonan kini juga lebih singkat berbanding sebelum penubuhan jawatankuasa berkenaan.

Katanya, tempoh pemprosesan sesuatu permohonan tidak bergantung kepada kategori semata-mata, sebaliknya bergantung kepada kelengkapan dokumen dan keadaan setiap kes.

Jelas beliau, terdapat kes tertentu yang memerlukan penelitian lanjut kerana melibatkan keadaan yang lebih kompleks.
Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan JKKSK Peringkat Negeri Sarawak Bilangan 2/2026 di Kuching, hari ini.

Sementara itu, selain 1,037 sijil yang telah dikeluarkan, terdapat 141 lagi permohonan yang telah diluluskan dan kini berada dalam proses pengeluaran sijil kewarganegaraan.

Katanya, proses pengeluaran sijil mengambil masa kira-kira sebulan dan diuruskan di Putrajaya, walaupun permohonan boleh dibuat di Sarawak.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok