• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 May 2026 | 12:36 PM

Anak Tak Sah Taraf Terus Catat Permohonan Tertinggi Kewarganegaraan di Sarawak

KUCHING - Kategori anak tak sah taraf terus mencatat jumlah tertinggi dalam permohonan kewarganegaraan di Sarawak.

Sebanyak 21 daripada 32 permohonan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A, hari ini, melibatkan kategori berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, majoriti kes berpunca daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan atau kalahiran anak sebelum pasangan berkahwin. 

Ia termasuk perkahwinan yang melibatkan pasangan dengan warga asing.

Menurut beliau, anak yang dilahirkan sebelum perkahwinan didaftarkan secara sah, akan dikategorikan sebagai anak tak sah taraf dan mewarisi kewarganegaraan ibu.

Ia sekali gus memerlukan permohonan kewarganegaraan dibuat melalui Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, bahagian Kuching merekodkan jumlah permohonan tertinggi bagi kategori itu dengan sembilan kes, diikuti Miri, Engkilili, Bau, Sri Aman dan Serian.

Pecahan permohonan pula melibatkan ibu warga Indonesia dengan 13 kes, diikuti Filipina (tiga kes), China dan Vietnam masing-masing dengan (satu kes), dan tiga lagi tidak mempunyai maklumat lengkap.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya memastikan perkahwinan didaftarkan secara sah dan teratur bagi mengelakkan masalah status kewarganegaraan anak pada masa hadapan.

Menurutnya, ia termasuk perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara, juga perlu didaftarkan semula di Malaysia bagi memastikan ia diiktiraf dalam sistem negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan JKKSK Peringkat Negeri Sarawak Bilangan 2/2026 di Kuching, hari ini.

Dalam perkembangan sama, daripada keseluruhan 32 permohonan yang dibentangkan, 10 melibatkan kategori anak jagaan manakala satu lagi membabitkan anak angkat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok