• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 11:46 PM

HAWANA 2026: Ketepatan Berita Tidak Boleh Dikorbankan Demi Kepantasan

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan bahawa organisasi media perlu meletakkan ketepatan maklumat sebagai keutamaan tertinggi meskipun berdepan tekanan hebat untuk melaporkan berita dengan pantas dalam era media sosial.

Menurut beliau, kepantasan dalam platform digital kini menjadi cabaran besar buat bilik berita kerana perbezaan masa walaupun hanya lima minit boleh memberi impak ketara kepada capaian (reach) khalayak.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kebergantungan tinggi terhadap media sosial tanpa pengesahan fakta meningkatkan risiko penyebaran maklumat palsu yang mampu membentuk persepsi salah dalam kalangan masyarakat dengan cepat.

Bercakap selepas merasmikan Forum Media Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 hari ini, Teo turut menyentuh mengenai ancaman pihak yang menyamar sebagai saluran media profesional tanpa mematuhi kod etika kewartawanan.

Tegasnya, etika profesional amat penting bagi memastikan media berfungsi untuk menjana maklumat yang adil dan bukannya menambah kekeliruan awam.

Dalam majlis yang sama, beliau memaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi telah mula mengeluarkan surat kelulusan bagi pemohon Dana Inovasi Media Fasa Dua dan Tiga, manakala permohonan bagi Fasa Lima masih dibuka sehingga 14 Mei ini.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HAWANA2026 #TeoNie Ching #EtikaMedia #KementerianKomunikasi #HariWartawanNasional

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok