SIBU - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut, manakala seorang lagi pelajar berusia 15 tahun cedera parah selepas terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, Rabu malam 6 Mei.
Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 8.00 malam.
Katanya, kejadian berlaku ketika tiga orang pelajar sedang berada di kawasan tempat mengambil wuduk sebelum dua daripadanya terkena renjatan.
Mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Seorang lagi mangsa (Tingkatan Tiga) yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu, manakala pelajar ketiga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihak Sarawak Energy telah bertindak memutuskan bekalan elektrik di kawasan terlibat bagi tujuan keselamatan.
Kes kini masih dalam siasatan lanjut pihak polis.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #DaroTerkini #Mukah #KeselamatanElektrik #PDRMSarawak
Back