• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 03:16 PM

Misi Pertahan Kejuaraan: Sarawak Pertaruh 1,158 Peserta ke SUKMA Selangor 2026

SEMATAN - Sarawak mengesahkan penyertaan seramai 1,158 atlet, jurulatih, pengurus, dan pegawai bagi menggalas cabaran mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, Ogos depan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, jumlah kontinjen yang besar ini membuktikan keseriusan dan komitmen penuh kerajaan negeri untuk memastikan kehadiran Sarawak yang kompetitif di temasya sukan terbesar negara itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Champion Camp dan Pelancaran Detik 100 Hari Menuju SUKMA XXII Selangor di Kem Putra Sentosa Retreat, semalam, 6 Mei.

Menurut Datuk Gerald, fasa 100 hari terakhir ini merupakan tempoh kritikal bagi seluruh atlet untuk memperkemas strategi dan melipatgandakan usaha berbekalkan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban'.

Kejayaan muncul juara pada SUKMA XXI Sarawak 2024 menjadi penanda aras terbaik bahawa atlet Bumi Kenyalang mempunyai disiplin dan kualiti tinggi untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.

Majlis penutupan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SUKMA2026 #AgiIdupAgiNgelaban #TeamSarawak #UKASnews

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok