PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2026/2027 akan diumumkan pada 22 Mei 2026.
Calon boleh membuat semakan bermula jam 12.00 tengah hari pada tarikh tersebut sehingga jam 5.00 petang, 31 Mei 2026 melalui portal rasmi UPU atau aplikasi UPUPocket.
Pengesahan setuju terima tawaran perlu dilakukan antara 23 hingga 31 Mei 2026 melalui laman web institusi masing-masing bagi membolehkan surat tawaran rasmi dikeluarkan.
KPT menegaskan bahawa tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, pemohon yang gagal atau hanya mendapat tawaran peringkat sijil boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula tarikh pengumuman keputusan.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk sepenuhnya kepada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu selesai.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #UPUOnline #KeputusanUPU #LepasanSPM #KPT
Back