• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 01:07 PM

Peranan Juruukur Kini Melangkaui Ukur Tanah, Barisan Hadapan Pembangunan Negara

KUCHING – Peranan juruukur kini tidak lagi dilihat sebagai “profesion di sebalik tabir”, tetapi sebagai barisan hadapan dalam membentuk agenda pembangunan masa depan negara.

Timbalan Presiden Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Prof (I) Sr Mohd Khairudin Abd Halim berkata, peranan juruukur telah berkembang jauh melangkaui sekadar mengukur tanah atau merekod sempadan.

Mereka kini menjadi titik rujukan utama merentasi pelbagai disiplin, termasuk menghubungkan data dengan lokasi serta perancangan dengan pelaksanaan.

Katanya, peranan tersebut memberi pengaruh langsung dalam pembentukan dasar, membimbing pembangunan, serta menyokong hala tuju masa depan negara.

Menurut beliau, Sarawak telah menunjukkan kepimpinan dalam kemajuan geospatial, sistem pentadbiran tanah dan pengurusan sumber mampan.

Ia secara tidak langsung meletakkan negeri ini bukan sahaja sebagai peserta, sebaliknya sebagai penanda aras di rantau ini.

Dalam dunia yang pesat berubah, beliau berkata tanah dan data kini menjadi aset strategik yang menjadi pemacu utama kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus serta perancangan bandar.

Justeru, melalui perpaduan dalam semua cabang profesion juruukur, beliau yakin ia mampu memajukan institusi tersebut sebagai sebuah badan profesional yang kukuh untuk pembangunan negara.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kongres Juruukur RISM 2026 di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penganjuran kongres itu mencerminkan aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai peneraju dalam tadbir urus tanah yang progresif.

Ia menunjukkan kesediaan Sarawak untuk menyumbang kepada tindak balas global, khususnya dalam pengurusan data tanah dan pembangunan secara bertanggungjawab demi kepentingan generasi akan datang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok