• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 11:52 AM

Op Pintas: IPD Lubok Antu Tahan Empat Individu Terlibat Aktiviti Penyeludupan Migran

LUBOK ANTU - Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu berjaya menahan empat individu, termasuk seorang wanita warga asing, dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah (Op Pintas/Lejang) yang dijalankan di kawasan Engkilili, petang semalam 6 Mei.

Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Daerah, Inspektor Lion anak Bagih yang mengetuai operasi tersebut berkata, tangkapan dibuat selepas sebuah kenderaan dikesan dalam keadaan mencurigakan cuba mengelak sekatan jalan raya.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut bertindak sebagai 'transporter', manakala tiga penumpang warga asing yang lain gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

Selain tangkapan migran, operasi yang melibatkan 20 anggota itu turut menjalankan pemeriksaan ke atas 115 kenderaan dan 125 individu. Sebanyak 19 saman lalu lintas telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pihak polis turut menyita kenderaan dan telefon bimbit suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

IPD Lubok Antu menegaskan komitmen berterusan untuk membanteras jenayah indeks, dadah, dan judi bagi menjamin ketenteraman awam di daerah tersebut. 

Sumber: fb IPD LUBOK ANTU 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDLubok Antu #OpPintas #Engkilili #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok