• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 11:39 AM

Abang Mengamuk Bawa Parang Kerana Ditegur Bising, Ditahan Polis

BAU - Seorang lelaki berusia 35 tahun diberkas polis selepas dipercayai mengugut adik kandungnya menggunakan sebilah parang dalam satu kejadian di Kampung Lidah Tanah, Jalan Batu Kitang, Kuching pada 3 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide bin A. Rahman berkata, tangkapan suspek dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa pada jam 9.50 pagi, 6 Mei.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian tercetus apabila mangsa menegur suspek supaya tidak membuat bising di dalam rumah, namun teguran itu dibalas dengan kemarahan melampau oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan media.

Suspek yang baharu sahaja dibebaskan dari penjara dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu dilaporkan mengeluarkan kata-kata ugutan serta mengacukan sebilah parang, sekali gus menimbulkan ketakutan terhadap keselamatan mangsa.

Pihak polis telah merampas senjata tajam berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengawal emosi dan menyelesaikan sebarang perselisihan keluarga secara berhemah bagi mengelakkan kejadian yang mengancam nyawa.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #UgutanJenayah #PDRM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok