• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 10:54 AM

Projek Jalan Pesisir & Jalan Utama Kedua di Betong Catat Kemajuan Memberangsangkan – Aidel Lariwoo

BETONG - Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo telah mengadakan lawatan kerja rasmi bagi meninjau kemajuan dua pakej projek utama di bawah program Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua di Bahagian Betong, pada Rabu 6 Mei.

Lawatan pertama melibatkan Package B4 (Jalan Lidong dan Betong Spur Road) yang kini mencapai 77% kemajuan fizikal.

Projek sepanjang 28 kilometer ini, yang menghubungkan Jambatan Batang Lupar 2 ke Lidong dan Betong, dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026.

Menurut Datuk Ir. Aidel, sebahagian jajaran jalan ini akan dibuka kepada lalu lintas secara berperingkat mulai Ogos 2026 bagi memudahkan akses perjalanan antara Betong dan Sri Aman.

Lawatan seterusnya diteruskan ke Package A5 (Roban Interchange) yang mencatatkan 64% kemajuan.

Projek ini merangkumi pembinaan persimpangan bertingkat serta jalan baharu sepanjang 28.5 kilometer dari Jambatan Batang Saribas 2 ke Roban Interchange.

Laluan ini dijangka dibuka lebih awal daripada jadual kontrak, iaitu pada Disember 2026.

Pembukaan laluan ini bakal menjadi pemangkin ekonomi setempat serta menyediakan laluan alternatif yang lebih efisien dari Kuching ke Sarikei dan Sibu, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada Lebuhraya Pan Borneo.

Sumber: fb JKR Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JalanPesisirSarawak #JalanUtamaKedua #JKRSarawak #Betong #AidelLariwoo

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok