• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 10:43 AM

'Team Lejang' Tumpaskan Pencuri Rim Motosikal di Kuching

KUCHING - Kegiatan seorang lelaki tempatan yang dipercayai aktif mencuri komponen motosikal di sekitar bandar raya ini akhirnya berakhir apabila dia diberkas pihak polis dalam satu operasi di Simpang Tiga, Rabu petang 6 Mei.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu dalam kenyataannya berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan oleh 'Team Lejang' pada jam 1.15 petang, susulan laporan polis yang diterima pada 2 Mei lalu mengenai kecurian rim motosikal di Jalan Mahkamah Lama.

Hasil serbuan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah motosikal serta beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti jenayah terbabit.

Menurut ACP Alexson, saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod lampau juga mendedahkan suspek memiliki dua rekod jenayah terdahulu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Sudianta Deya di talian 019-8492500 atau hadir ke balai polis berhampiran.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMKuching #TeamLejang #CuriRim #OpsLejang

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok