• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 May 2026 | 10:05 AM

Tinjauan LPPKN: 66 Peratus Ibu di Malaysia Alami Kekangan Masa Peribadi dan Risiko 'Burnout'

KUALA LUMPUR - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendedahkan hampir 66 peratus ibu di Malaysia berhadapan dengan kekangan masa peribadi yang serius.

Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyatakan bahawa data ini mencerminkan cabaran besar golongan ibu dalam mengimbangi kerjaya, pengurusan rumah tangga, dan kesejahteraan diri sehingga cenderung mengalami keletihan fizikal dan mental (burnout).

Sehubungan itu, Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 (HIK26) yang bertemakan “Seteguh KASIH Ibu” akan diadakan pada 10 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Berbeza dengan tahun sebelum ini, sambutan kali ini diangkat sebagai platform advokasi untuk memperkasakan kesihatan emosi dan mental wanita melalui pengenalan Pakej Seteguh KASIH Ibu.

Pakej tersebut merangkumi tiga komponen utama iaitu Pakej Sayang Ibu (saringan kesihatan & rawatan kesuburan), Pakej Jalinan KASIH Ibu (terapi emosi), dan Pakej Minda Tenang (urutan kesejahteraan MamaCare).

Selain itu, LPPKN turut memperkenalkan Anugerah Khas Inspirasi Ibu bagi mengiktiraf ketabahan wanita yang menjalani rawatan kesuburan.

Kesemua perkhidmatan ini akan turut diperluaskan ke Pusat Keluarga LPPKN di seluruh negara.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HariIbu2026 #LPPKN #WanitaHebat

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok