KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelarasan harga runcit petroleum bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini, menyaksikan kenaikan lima sen bagi RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia.
Harga baharu bagi RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM4.02 seliter (sebelum ini RM3.97), manakala diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM5.17 seliter (sebelum ini RM5.12).
Walau bagaimanapun, harga runcit RON97 kekal tidak berubah pada RM4.90 seliter.
Kerajaan MADANI terus komited mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar untuk meringankan beban rakyat.
Harga RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Pelarasan ini dipengaruhi oleh harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi melebihi USD100 setong akibat ketegangan konflik di Asia Barat yang menjejaskan bekalan global.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HargaMinyak #RON95 #RON97 #Diesel #MOF
Back