KUCHING - Penduduk di sekitar Jalan Wan Alwi dan Tabuan Jaya kini boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja baik pulih paip utama yang pecah dilaporkan telah siap sepenuhnya pada jam 5.00 pagi tadi (7 Mei).
Menurut kenyataan rasmi Sarawak Water Sdb Bhd, gangguan bekalan air tidak berjadual yang berpunca daripada kerosakan paip utama (400mm DI) di Jalan Wan Alwi itu telah diselesaikan oleh pihak kontraktor Kuching Urban Transportation System (KUTS).
Proses pemulihan bekalan air kini sedang berjalan secara berperingkat merangkumi kawasan Tabuan Jaya, Tabuan Kedandi, Tabuan Keranji, Jalan Bayor Bukit, Jalan Song, serta kawasan sekitarnya.
Pihak berkuasa air memaklumkan bahawa tekanan air dalam sistem agihan perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum bekalan kembali normal sepenuhnya.
Bagi membantu penduduk yang masih terkesan, penghantaran bantuan melalui lori tanker tetap diteruskan sehingga situasi pulih sepenuhnya.
Pengguna dinasihatkan agar bersabar dan pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #InfoAirKuching #JalanWanAlwi #TabuanJaya #JalanSong #KUTSSarawak #UpdateBekalanAir
Back