KUCHING - Sektor penyelidikan kesihatan di Sarawak terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya menarik dana penyelidikan terkumpul berjumlah RM1.8 bilion bagi tempoh 2012 hingga 2025. Majoriti daripada limpahan pelaburan tersebut tertumpu di bandar raya Kuching.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pencapaian luar biasa ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak dalam bidang perubatan, malah telah mewujudkan lebih 3,500 peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
Beliau memetik laporan tahunan Penyelidikan Klinikal Malaysia yang dilancarkan di Kuching baru-baru ini sebagai bukti impak ekonomi sektor tersebut.
Dr Sim berkata demikian semasa merasmikan pembukaan cawangan terbaharu Affin Bank di Batu Kawa Kuching, hari ini.
Mengulas mengenai pembukaan bank tersebut, ADUN Batu Kawa itu menyifatkan kehadiran institusi kewangan tersebut sebagai sebahagian daripada agenda besar pembangunan Sarawak.
Pembukaan cawangan di Batu Kawa ini menjadikan rangkaian Affin Bank kini mencecah 13 cawangan di seluruh negeri, sekaligus meningkatkan akses perkhidmatan perbankan kepada penduduk setempat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #DrSimKuiHian #AffinBank #BatuKawa
Back