• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 May 2026 | 02:47 PM

Berang Kalah Permainan Telefon, Suami Dihukum Penjara 12 Bulan Kerana Tumbuk Isteri

KUCHING - Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang lelaki, Naszuan Morni, 35, selepas dia mengaku bersalah mencederakan isterinya di kediaman mereka di Petra Jaya, Mac lalu.

Majistret Ling Hui Chuan menetapkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan kecederaan terhadap pasangan.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku pada jam 11.00 malam, 20 Mac lalu apabila tertuduh berang selepas kalah dalam permainan video di telefon pintarnya.

Pertelingkahan tercetus apabila mangsa meminta tertuduh menjaga anak mereka sementara dia menyelesaikan kerja rumah.

Tertuduh kemudian bertindak menumbuk mata kanan mangsa sebanyak dua kali kerana menganggap isterinya mengambil masa terlalu lama menyiapkan tugasan tersebut.

Pemeriksaan perubatan di Hospital Umum Sarawak mengesahkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah ditahan pada 29 Mac susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MahkamahKuching #KeganasanRumahTangga #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok