KUCHING - Pihak pengurusan Hospital Sentosa Kuching kini sedang giat mencari waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit lelaki berusia 72 tahun yang dikenali sebagai Ali bin Abdullah @ Teoh Kim Beng.
Berdasarkan rekod pengenalan, pesakit yang berasal dari Pulau Pinang itu pernah menetap di alamat No. 414, Jalan 23, 46000 Petaling Jaya, Selangor sebelum berpindah ke Sarawak. Melalui temu bual awal, pesakit menyatakan bahawa beliau masih mempunyai ahli keluarga yang kini menetap di Klang, Selangor.
Pihak hospital memohon kerjasama ahli keluarga atau orang ramai yang mempunyai maklumat untuk segera tampil ke Wad Male 2, Hospital Sentosa Kuching.
Kehadiran waris adalah amat diperlukan bagi membincangkan urusan rawatan dan perubatan pesakit dengan kadar segera.
Maklumat lanjut boleh disalurkan dengan menghubungi hospital di talian 082-612321 atau 082-612132 (sambungan 311/312).
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HospitalSentosaKuching #CariWaris
Back