• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 May 2026 | 09:31 AM

Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Dengan Kenderaan Pacuan Empat Roda di Jalan Lasi

BINTANGOR - Seorang penunggang motosikal lelaki tempatan dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lasi menghala ke Jalan KJD Meradong, petang Selasa 5 Mei.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan semasa dalam perjalanan ke Poliklinik Julau menggunakan ambulans.

Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

DSP Tansli turut menyeru saksi kejadian atau individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zainal Abdul Ghafar di talian 011-11945095.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan had laju terutamanya ketika melalui kawasan selekoh.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KemalanganMaut #Meradong #Bintangor #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok