KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan peningkatan kes jenayah komersial sebanyak 12.89 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dengan 64,643 laporan diterima berbanding 57,260 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa meskipun jumlah kes meningkat, nilai kerugian keseluruhan menunjukkan penurunan sebanyak 2.8 peratus, iaitu daripada RM787 juta kepada RM764 juta.
Penipuan dalam talian kekal menjadi penyumbang utama dengan 16,880 kes (87.74 peratus) melibatkan kerugian melebihi RM555.7 juta.
Antara kategori penipuan dalam talian tertinggi adalah jenayah telekomunikasi (5,981 kes), diikuti e-dagang (4,858 kes), dan pelaburan tidak wujud (2,204 kes).
Walaupun jumlah kes pelaburan tidak wujud lebih rendah, ia mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM246.7 juta.
Pihak JSJK turut mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dengan peningkatan 13.59 peratus kes yang dituduh di mahkamah serta penahanan 7,190 individu sepanjang tempoh berkenaan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JSJK #BukitAman #AntiScam #PDRM #ScamAlert
Back