KUCHING - Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) mengeluarkan amaran tegas kepada orang awam bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga bagi urusan penjualan unit rumah di Projek RMM Ranggau Valley, Limbang.
HDC menerusi satu kenyataan media hari ini, menjelaskan bahawa kesemua unit rumah di projek berkenaan telah diperuntukkan khusus kepada 127 Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak daripada program pemindahan RPR Limbang III (Ranggau).
Menurut kenyataan tersebut, Penegasan ini dibuat bagi membendung sebarang cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mempunyai autoriti untuk menjual unit tersebut.
Orang awam dinasihatkan supaya hanya berurusan melalui saluran rasmi HDC bagi mengelakkan kerugian akibat sindiket penipuan perumahan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada Seksyen Pemasaran HDC di talian 082-443741 atau melalui laman sesawang rasmi agensi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HDCSarawak #Limbang #RMMRanggauValley
Back