BAU - Pihak Polis Daerah Bau terus mempergiatkan usaha membanteras gejala dadah dengan penahanan dua lelaki tempatan dalam satu operasi khas di sekitar Kampung Stass dan Kampung Serasot, petang tadi (5 Mei).
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman memaklumkan bahawa operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) itu berlangsung antara jam 3.30 hingga 4.30 petang.
Dua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.
Mereka kini ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah demi kesejahteraan komuniti setempat.
Sumber: fb Polis IPD Bau
#BilikBeritaCATS #CATS #Umobile #PDRMSarawak #IPDBau #Narkotik #SayNoToDrugs
Back