• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 May 2026 | 10:38 PM

Kes Langgar Lari Stutong: Suspek Remaja 19 Tahun Menyerah Diri, Kereta Ditemui Di Bengkel

KUCHING - Kes kemalangan maut langgar lari yang melibatkan seorang penunggang basikal di Jalan Stutong pada 1 Mei lalu akhirnya menemui titik noktah apabila suspek utama menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek lelaki berusia 19 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) pada jam 12.00 tengah hari.

Susulan penahanan tersebut, suspek telah memandu pihak polis ke sebuah bengkel di Batu 4, Kuching, di mana sebuah kenderaan jenis Proton Satria yang dipercayai terlibat dalam kemalangan itu disembunyikan.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif sebarang unsur dadah.

Walau bagaimanapun, suspek bakal berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, serta Seksyen 52(2) akta yang sama kerana gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam.

Pihak polis merakamkan penghargaan kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat sehingga identiti suspek berjaya dikenal pasti.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDKuching #LanggarLari

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok