• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 May 2026 | 10:03 AM

Industri Lada Negara Catat Sumbangan RM2.27 Bilion, Sarawak Kekal Pengeluar Utama

KUCHING - Industri lada Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menyumbang sekitar RM2.27 bilion kepada ekonomi negara pada tahun lalu, meningkat berbanding RM2.24 bilion pada tahun 2024.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga akhir tahun 2025, keluasan penanaman lada dianggarkan mencecah 8,200 hektar dengan Sarawak kekal sebagai hab pengeluaran utama.

Ujarnya, industri tersebut kini disokong oleh kira-kira 39,000 pekebun, yang memainkan peranan kritikal dalam menjana ekonomi komuniti luar bandar.

"Dari segi eksport, Malaysia telah mencatatkan penghantaran sebanyak 4,344 tan metrik lada dengan nilai RM179.78 juta pada tahun lepas. Ini mencerminkan permintaan global yang konsisten terhadap lada berkualiti tinggi dari Malaysia," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Lada Malaysia (MPB) di sini, pada Isnin 4 Mei.

Beliau turut menekankan bahawa pemain industri perlu beralih kepada pendekatan berasaskan inovasi dan teknologi bagi mendepani cabaran perubahan iklim serta ketidaktentuan harga pasaran.

Menurutnya, penggunaan teknologi bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan bagi memastikan industri lada Malaysia kekal mampan, berdaya saing, dan mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih meluas.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IndustriLada #SarawakPepper #MPB #LembagaLadaMalaysia

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok