BINTULU - Seorang lelaki tempatan ditahan manakala 44 buah motosikal disita dalam satu operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan lumba haram di Jalan Jambatan Tun Taib Mahmud, di sini, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Bintulu dalam satu kenyataan media memaklumkan, tangkapan pertama dilakukan pada 3 Mei melibatkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 125 yang dikesan melakukan aksi berbahaya "Superman". Suspek disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Susulan itu, satu operasi susulan yang melibatkan 2 pegawai dan 27 anggota telah dijalankan pada 4 Mei bagi menggempur lokasi yang tular di media sosial tersebut.
Hasilnya, pihak polis telah menyita 44 buah motosikal di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta mengeluarkan sebanyak 136 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Pihak polis menasihatkan golongan remaja agar tidak terjebak dalam aktiviti lumba haram yang boleh mengancam nyawa sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti tersebut diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDBulu #SamsengJalanan #LumbaHaram
Back