• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 May 2026 | 09:34 AM

Festival Muzik Air Rain Rave 2026 Berjaya Rancakkan Bukit Bintang, Tingkat Ekonomi Setempat

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Pekerja Sedunia yang diraikan menerusi Festival Muzik Air Rain Rave 2026 melabuhkan tirainya dengan jayanya selepas berlangsung selama tiga hari di Bukit Bintang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato' Seri Tiong King Sing, menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan festival tersebut yang berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung, termasuk pelancong antarabangsa.

Beliau dalam hantaran di Facebook rasminya menyifatkan festival itu bukan sekadar acara muzik, malah sebagai medium penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya Malaysia dan memperkasakan ekonomi peniaga tempatan.

"Melihat semua orang menikmati setiap detik merupakan satu kepuasan yang amat bermakna. Kehadiran pengunjung telah menghidupkan suasana di Bukit Bintang dengan tenaga dan gelak tawa," katanya.

Festival tersebut turut menampilkan barisan DJ tempatan serta antarabangsa, selain memberi ruang kepada penggiat kraf dan peniaga makanan tempatan untuk mempamerkan hasil kreatif mereka.

Dato' Seri Tiong turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan penganjur, pihak penguat kuasa, dan rakan media yang memastikan keselamatan serta kelancaran acara sepanjang tiga hari tersebut.

Beliau memberi komitmen bahawa MOTAC akan terus membawakan lebih banyak program bertaraf antarabangsa bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026.

Sumber: fb Dato Seri Tiong King Sing 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #TiongKingSing #RainRave2026 #VisitMalaysia2026 #BukitBintang #MalaysiaTrulyAsia

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok