MIRI - Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun selepas bertindak agresif terhadap anggota polis dalam satu operasi pencegahan lumba haram di simpang Jalan Miri Bypass, Ahad lalu 3 Mei.
Kejadian berlaku sekitar jam 2.00 pagi semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Miri menjalankan Operasi Pematuhan Motosikal.
Suspek lelaki dilaporkan bertindak nekad menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan.
Akibat tindakan agresif tersebut, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri.
Selain rampasan motosikal yang telah diubah suai, pihak polis turut menemui video lucah di dalam telefon bimbit milik suspek lelaki.
Suspek kini berdepan siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas pemilikan bahan lucah.
Sumber: fb Polis Daerah Miri
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDMiri #SamsengJalanan
Back