Kota Samarahan — Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kini menjadi pemacu utama transformasi sektor agrikomoditi negara ke arah teknologi moden.
Ia sekali gus membuka peluang besar kepada tenaga kerja mahir tempatan, khususnya golongan belia.
Menteri Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, transformasi tersebut merangkumi penggunaan agroteknologi, automasi dan pendigitalan.
Perkembangan itu menuntut tenaga kerja berkemahiran tinggi, bagi memastikan sektor berkenaan kekal berdaya saing serta mampan.
Menurut beliau, TVET memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri masa kini.
Ia tidak lagi dilihat sebagai pilihan kedua, sebaliknya menjadi laluan utama yang menawarkan masa depan kerjaya yang cerah.
Sehubungan itu, beliau menyeru golongan belia, khususnya di Sarawak, untuk tampil sebagai peneraju inovasi dalam rantaian nilai komoditi hijau.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program TVET MyKomoditi 2026 di Kota Samarahan, hari ini.
Dalam pada itu, kementerian turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai institusi, bagi memperkukuh ekosistem pembangunan bakat dalam sektor agrikomoditi.
Usaha itu bertujuan memastikan para pelatih bukan sahaja memenuhi piawaian industri, malah memiliki kemahiran praktikal serta bersedia menghadapi cabaran sebenar di lapangan.
Beliau turut menyatakan keyakinan melalui usaha itu mampu melahirkan generasi “Bakat Komoditi” yang berkemahiran tinggi dan menjadi pemacu utama transformasi sektor agrikomoditi negara.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back