• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 May 2026 | 01:05 PM

Gagal Kemuka Dokumen Stabiliti: Maritim Malaysia Tahan Bot Tunda di Perairan Bintulu

BINTULU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda di kedudukan 1 batu nautika barat laut Kuala Kemena selepas dikesan beroperasi tanpa dokumen stabiliti yang sah, Sabtu lalu (2 Mei).

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bot tersebut ditahan sekitar jam 10.05 pagi semasa anggota penguatkuasa menjalankan rutin rondaan di bawah OP TIRIS 4.0 dan OP PERMAI 01/2019.

Pemeriksaan lanjut mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh enam kru berumur antara 24 hingga 60 tahun, yang terdiri daripada seorang warga tempatan, tiga warga Myanmar (termasuk nakhoda), dan dua warga India.

Kesemua mereka ditahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana ketiadaan dokumen penting yang boleh menjejaskan aspek keselamatan pelayaran.

Vesel dan kru terlibat telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kepten Muhammad Suffian menegaskan bahawa pihak Maritim Malaysia akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MaritimMalaysia #ZonMaritimBintulu #OpTiris

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok