• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 May 2026 | 12:21 PM

TVET MyKomoditi Jadi Platform Strategik, Tarik Minat Belia Ke Industri Komoditi

Kota Samarahan – Program TVET MyKomoditi yang berlangsung di Kota Samarahan hari ini, disifatkan sebagai usaha penting dalam memacu pembangunan “Bakat Komoditi” masa depan negara.

Program yang diadakan di Dewan Pertubuhan Peladang Sarawak itu telah dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam kenyataannya memaklumkan, program tersebut menjadi platform strategik untuk mengubah persepsi belia terhadap industri komoditi.

Menurut kenyataan itu, sektor berkenaan masih berdepan cabaran kekurangan tenaga kerja tempatan, walaupun merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Sehubungan itu, program tersebut memperkenalkan pelbagai inisiatif daripada agensi terlibat, bagi menggalakkan penyertaan belia dalam sektor itu.

Program berkenaan juga turut melibatkan penyertaan murid sekolah, sebagai pendedahan awal kepada bidang agrikomoditi.

Ia merangkumi pelbagai aktiviti seperti sesi perkongsian interaktif serta pameran oleh agensi terlibat.

Selain itu, program itu turut menyaksikan pemeteraian lima dokumen kerjasama (MoA) sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan latihan berasaskan keperluan industri.

Langkah itu secara tidak langsung dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia memasuki pasaran pekerjaan.

Dengan usaha berterusan itu, KPK yakin sektor agrikomoditi negara akan terus diperkukuh, di samping membuka lebih banyak peluang kerjaya berkualiti kepada generasi muda.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok