BAU - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah berjaya menahan empat orang lelaki yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide Bin A. Rahman dalam satu kenyataan berkata, operasi tersebut dijalankan bermula jam 12.15 pagi sehingga 2.15 petang di sekitar kawasan Kampung Pangkalan Bau dan Kampung Serikin Bau. Keempat-empat suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 23 hingga 35 tahun.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah. Mereka kini ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.
Pihak PDRM menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti dadah dan menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN yang disediakan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDBau #BanterasDadah #SayNoToDrugs
Back