BAU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau terus memperkasakan tahap keselamatan daerah melalui pelaksanaan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan secara berperingkat pada Sabtu 2 Mei.
Operasi tersebut merangkumi penubuhan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Simpang Kampung Bobak, Singai, serta rondaan cegah jenayah di kawasan Bandar Bau dan penempatan penduduk.
Fokus utama operasi adalah untuk memantau laluan berisiko serta memastikan kehadiran pihak polis dirasai oleh masyarakat setempat.
Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 38 buah kenderaan dan 66 orang individu telah diperiksa.
Pihak IPD Bau menegaskan bahawa langkah proaktif ini akan diteruskan secara berkala bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah serta menjamin ketenteraman awam di seluruh daerah Bau.
Sumber: fb Polis IPD Bau
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDBau #CegahJenayah
Back