KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga pengamal media veteran Sarawak, James Joshua Guang, 58, yang dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu 2 Mei.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini, Fadillah menyifatkan kehilangan mendiang sebagai satu kehilangan besar yang turut dirasai oleh seluruh komuniti kewartawanan di Sarawak.
Beliau turut menyifatkan segala jasa serta sumbangan James sebagai satu legasi yang bermakna dalam dunia komunikasi dan kewartawanan negeri tersebut.
Mendiang James Joshua Guang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Upacara pengebumian dijadualkan berlangsung pada hari Selasa ini di Tanah Perkuburan Anglican Siburan, Kuching.
Fadillah turut mendoakan agar keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat sukar ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Takziah #MediaSarawak #FadillahYusof
Back