• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 May 2026 | 04:21 PM

Ops Samseng Jalanan: 5 Ditahan, 13 Motosikal Disita Di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem

PADAWAN - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan telah melancarkan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti samseng jalanan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satim (FAC) bermula malam tadi sehingga awal pagi ini.

Hasil operasi tersebut, pihak polis telah melakukan tangkapan ke atas lima individu yang dikesan melakukan aksi tunggangan berbahaya seperti wheelie, zig-zag, dan gaya ekstrem di jalan raya.

Selain itu, sebanyak 13 buah motosikal telah disita mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Secara keseluruhan, sebanyak 114 buah kenderaan dan 105 individu telah diperiksa, membawa kepada pengeluaran 96 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Antara kesalahan yang dominan termasuklah pengubahsuaian kenderaan secara haram, menunggang tanpa lesen, serta nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi.

Pihak polis mengingatkan bahawa jalan raya bukanlah litar untuk mempamerkan aksi berbahaya dan menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka bagi mengelakkan penglibatan dalam gejala sosial yang boleh meragut nyawa.

Sumber: fb Polis IPD Padawan

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDPadawan #OpsSamsengJalanan #LebuhrayaFAC

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok