• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 May 2026 | 04:11 PM

IPD Miri Gempur Lokasi Terpencil: 8 Individu Ditahan Dalam Operasi Khas Judi Online

MIRI - Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Miri berjaya menumpaskan kegiatan judi online (JOL)  di kawasan terpencil menerusi satu operasi khas yang dijalankan selama empat hari, berakhir 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Miri memaklumkan bahawa operasi tersebut menyasarkan lokasi yang jauh dari pusat bandar bagi mengelakkan pergerakan pihak berkuasa dihidu oleh sindiket.

Sebanyak lapan serbuan telah dilaksanakan melibatkan tiga lokasi di Batu Niah, tiga di Bekenu, dan dua di kawasan Lambir. Serbuan tertumpu kepada premis perniagaan kecil serta pondok-pondok tidak bernombor yang dijadikan pusat operasi JOL.

Dalam serbuan tersebut, seramai lapan individu yang berperanan sebagai penjaga premis telah ditahan, merangkumi tujuh wanita berumur antara 20 hingga 35 tahun dan seorang lelaki berusia 31 tahun. Pihak polis turut merampas pelbagai barang bukti berkaitan kegiatan perjudian tersebut.

Sebagai tindakan tegas, sebanyak enam premis telah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama dua hari dan bakal dihadapkan ke Sidang Litar Mahkamah Subis dalam masa terdekat untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Sumber: fb Polis Daerah Miri 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDMiri #JudiHaram

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok