• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 May 2026 | 10:06 AM

Saberkas Cawangan Bukit Semuja Ungguli Kejohanan Futsal Saberkas Sarawak Edisi Sulung

Kuching – Pasukan Saberkas Cawangan Bukit Semuja mencipta sensasi, apabila berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas Sarawak 2026.

Pada kejohanan yang berlangsung di Arena Sukan, Simpang Tiga, Kuching, pasukan itu menewaskan Saberkas Cawangan Satok dengan keputusan 3-2 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam aksi final semalam.

Kejayaan tersebut membolehkan Saberkas Cawangan Bukit Semuja membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, piala dan pingat.

Sementara itu, Saberkas Cawangan Satok terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala Saberkas Cawangan Lingga dan Pelagus berkongsi tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung Saberkas Sarawak, Dr Safiee Ahmad.

Untuk rekod, Kejohanan merupakan edisi pertama penganjurannya yang berjaya menghimpunkan 34 pasukan dari cawangan Saberkas seluruh Sarawak dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok