Mokpo – Jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan, berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Melontar Asia 2026 di Mokpo, Korea Selatan.
Atlet kelahiran Sarawak itu mencatat lontaran sejauh 18.81 meter (m), sekali gus memperbaharui rekod lamanya 18.78m yang dilakukan ketika memenangi pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025.
Meskipun berjaya mencipta rekod baharu, lontaran tersebut tidak mencukupi untuk meletakkannya di podium apabila beliau sekadar menamatkan saingan di tempat kelima.
Pingat emas dan perak acara itu dimenangi atlet dari China, manakala gangsa menjadi milik atlet Kazakhstan.
Menerusi video yang dikongsikan Olahraga Malaysia di laman Facebook rasminya, Jonah memaklumkan beliau akan terus berusaha untuk mencapai jarak 19m pada kejohanan Terbuka Taiwan akan datang.
Sumber: BERNAMA
Foto: Olahraga Malaysia
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back