MUKAH - Sharvel Iris binti Sebastian secara rasminya dinobatkan sebagai pemenang gelaran berprestij Teluwaih Jinih 2026 sempena Pesta Kaul Mukah yang berlangsung di Pentas Utama Tapak Kaul, pada Jumaat malam 1 Mei.
Majlis yang gilang-gemilang itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib.
Pertandingan yang membawa maksud “wanita cantik” dalam bahasa Melanau ini menyaksikan seramai 12 orang peserta berentap menonjolkan keanggunan, busana tradisional, serta identiti unik wanita masyarakat Melanau.
Penganjuran Teluwaih Jinih bukan sekadar acara ratu cantik, malah berperanan sebagai platform penting untuk memperkasa peranan wanita serta memartabatkan khazanah warisan tempatan agar terus relevan dalam arus modenisasi.
Acara ikonik ini juga terbukti menjadi daya tarikan pelancongan utama yang memberi impak ekonomi positif kepada peniaga dan pengusaha tempatan di Bahagian Mukah.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, ADUN Tellian Royston Valentine, serta ADUN Balingian Abdul Yakub Haji Arbi.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PestaKaul2026 #TeluwaihJinih #Mukah
Back