• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 May 2026 | 12:26 AM

Op Motosikal Bau: 22 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Penguatkuasaan Enam Jam

BAU - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Bau telah menjalankan satu operasi khas (Op Motosikal) bagi mengekang pelanggaran undang-undang jalan raya di sekitar daerah ini, pada Sabtu 2 Mei.

Operasi yang bermula dari jam 5 petang hingga 11 malam itu melibatkan kekuatan dua pegawai dan empat anggota.

Lokasi tumpuan merangkumi laluan strategik termasuk Jalan Bau/Serikin, Bau/Lundu, Bau/Kuching, Batu Kawa, Singai/Apar, Musi, serta kawasan Bandar Bau.

Hasil pemeriksaan ke atas 35 buah motosikal dan 40 individu, sebanyak 22 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara pelanggaran utama yang dikesan adalah pengubahsuaian ekzos, tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh, serta kegagalan mematuhi spesifikasi nombor pendaftaran dan cermin pandang belakang.

Walaupun tiada sebarang tangkapan atau sitaan dilakukan, pihak polis menegaskan bahawa operasi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dan memastikan setiap kenderaan berada dalam keadaan selamat bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Sumber: fb Polis IPD Bau 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #PolisBau #OpMotosikal #KeselamatanJalanRaya

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok