• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 May 2026 | 12:08 AM

Gempur 4 Pusat Hiburan Di Kuching: 30 Individu Ditahan Positif Dadah

KUCHING - Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seramai 30 individu yang didapati positif dadah dalam satu operasi besar-besaran menyasarkan empat buah premis hiburan di sekitar bandar raya ini, awal pagi Jumaat (1 Mei).

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa operasi yang bermula jam 12.15 tengah malam itu melibatkan kerjasama erat antara Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, dan JSJN IPK Sarawak.

Hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal air kencing ke atas pengunjung mendapati 30 individu positif pelbagai jenis dadah. Daripada jumlah tersebut, enam suspek direman selama sehari sehingga 2 Mei, manakala 24 lagi suspek dikenakan perintah reman selama tiga hari sehingga 4 Mei bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis menegaskan bahawa kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam. PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti dadah dan komited memerangi musuh nombor satu negara ini demi melindungi generasi akan datang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDKuching #JSJN #BukitAman #GempurDadah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok