• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 May 2026 | 11:58 PM

Wanita Warga China Maut Selepas Terjatuh Dari Aras 3 KLIA2

SEPANG - Seorang wanita warga asing disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari aras 3 Terminal KLIA2 dalam satu kejadian menyayat hati yang tular di media sosial, petang semalam.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Ravi A/L Munusamy, kejadian berlaku pada 1 Mei 2026 sekitar jam 2.20 petang.

Mangsa yang berusia 27 tahun dikesan berada di kawasan luar balkoni aras 3 dalam keadaan emosi tidak stabil, menangis serta menjerit.

Saksi di tempat kejadian melaporkan mangsa bertindak agresif apabila pihak berkuasa dan orang awam cuba memberikan bantuan untuk menyelamatkannya.

Mangsa kemudiannya terjatuh ke kawasan loading bay terminal berkenaan. Walaupun bantuan kecemasan segera diberikan oleh pasukan perubatan dan mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya, beliau disahkan meninggal dunia pada jam 5.09 petang hari yang sama.

Siasatan awal mengesahkan mangsa merupakan warganegara China yang dijadualkan pulang ke negara asalnya hari ini (2 Mei).

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR).

Pihak polis meminta orang ramai agar menghentikan spekulasi liar dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih bagi menghormati privasi keluarga mangsa.

Sumber: Polis Daerah KLIA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KLIA2 #KematianMengejut #PDRMSelangor

Info Kemalangan & Bencana Malaysia

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok