KUCHING - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menjalankan operasi sekatan jalan raya (Op Mabuk) di Jalan Padungan yang bermula malam Khamis sehingga awal pagi Jumaat lalu (1 Mei).
Operasi yang bermula jam 11.30 malam itu melibatkan kekuatan seorang pegawai kanan dan 12 anggota polis trafik. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 65 buah kenderaan dan 65 individu telah diperiksa secara menyeluruh.
Hasil ujian pernafasan menggunakan alat sensor SD2+ ke atas tiga individu mendapati seorang lelaki tempatan berusia sekitar 47 tahun positif memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras yang dibenarkan.
Selain tangkapan tersebut, pihak polis turut mengeluarkan 31 keping saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang pemeriksaan dijalankan.
Pihak PDRM menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain serta mendidik komuniti agar tidak memandu dalam keadaan mabuk yang boleh mengundang bahaya maut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDKuching #OpMabuk
Back